Dada aku rasa sempit
Hati aku tak henti menjerit
Otak aku bagai disumpit
Tangan aku bagai tersepit
Kaki aku rasa amat sakit
Fizikal dan mental aku rasa sudah tidak kental
Apa yang aku fikir hanya bantal
Aku bersumpah habis semua ini akan aku lari
Pergi ke hujung dunia dengan sendiri
Berkhayal dalam hayalan fantasi
Pastinya aku tenang bila kembali
Tidak cukup kuatkah diri aku?
Sehingga dua kaki ini rasa kaku?
Lidah untuk bicara ini jadi kelu?
Anggota ini jadi lesu?
Mana pergi aku yang dulu???
Barangkali tuhan tarik nikmat kerana aku tidak bersyukur
Maka itu sekarang aku jatuh tersungkur...
(Fara, Shah Alam, 2013)