Tatkala tempat suci itu aku hadiri
Terkenang aku dosa silam
Terpaling rasa malu yang dalam
Satu persatu kisah yang lampau telah aku hapus
Ku lakukan semua itu agar hidup tidak terus dalam kabus
Izinkan aku hampir pada-Mu Tuhan
Aku tidak mahu terus tersesat jalan
Bangkitkan aku dengan kisah Nabi
Lindungi aku dengan ayat suci
Semoga hidup aku
Benar-benar,
Insani dan insafi...
(Fara Fahzir, 2013)