Monday, August 5
Great experience with great people!
Memang dah lama sangat tak meringankan jari untuk kembali menulis puisi pendek (yang entah apa-apa tu) tapi kali ni, saya kembali beraksi. Berbekalkan cuti raya seminggu (UiTM kedekut tau) diharap dapatlah membantu saya meluruskan kembali tulang belakang yang agak bengkok kerana kerja atau tugasan yang terpaksa dilakukan. Persiapan untuk hari raya dah 97% siap. Ada sikit-sikit lagi tu tak kisahlah dapat buat ke tidak. Penulisan kali ni nak bercerita tentang pengalaman bekerja dengan sebuah syarikat produksi :D
Sedang khusyuk dalam kelas mendengar leteran dan bebelan pensyarah, tiba-tiba nama saya dan nama rakan lain (dalam 4 orang) dipanggil. Ingatkan nak kena marah sebab main handphone rupa-rupanya "Saya perlukan kamu semua untuk shooting iklan bersama Neelofa". Eh tipulah kalau kata dalam hati kecil ni tak gembira. Neelofa kau.... (padahal saya tak minat Neelofa) Hm balik rumah dan-dan follow Neelofa dekat Instagram. Hahaha! Ringan mulut untuk bertanya "Bila shooting-nya tu Cik Azlan??" Katanya, "Sabtu minggu depan". Er minggu lepaslah patutnya tapi ada masalah teknikal sikit jadi ditangguh ke hari lain yakni selepas cuti raya, InsyaAllah.
Ada dua projek sebenarnya. Tapi yang asyik diwar-warkan ialah dengan Neelofa je. Sabtu minggu lepas, saya dan 3 orang rakan sekelas yang namanya dipanggil tadi join pula shooting untuk filem pendek raya untuk sebuah produk kecantikan yang diberi nama "Magista" korang boleh Google nanti. Produk tu bagus! Dalam masa hanya 10 MINIT kulit boleh cantik dan putih berseri (nak raya kannnnn). Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini. Kami semua dijemput oleh pensyarah kami sendiri pada pukul 8.30pm di luar kampus. Lokasi pengambaran hanyalah di Meru. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit saja. Setibanya di lokasi, kami memperkenalkan diri kami kepada semua tenaga kerja produksi and vice versa. Hm lupa pula nak tanya kami ni bekerja di bawah produksi mana. Hehe. Watak saya dan rakan yang lain hanyalah sebagai orang kampung (tetap dapat payment okay!) Bukan apa, ada orang mengata cakap "Eleh watak ekstra je pun!" Whatever laaa kan :) Dipendekkan ceritakan sikit, pengambaran selesai pada pukul 5.30am. Ye, pagi! Merasalah juga saya bersahur di set. Acah-acah artis laa kan bila kena make-up dan di-touch-up oleh make-up artist (thank you Kak Mas and Kak Jannah!). Walaupun scene kami tak banyak, kami tetap berpuas hati dengan bayaran. Dan paling penting, P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. Terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Cik Azlan kerana sudi mengambil saya dan rakan saya yang lain untuk bekerja di bawah produksi Cik Azlan! Hehe. Next shooting? Produk kecantikan Bella Vita with Neelofa! Oh ada juga haritu shooting untuk iklan WeChat. Seronok beronok-ronok. Terima kasih semua!
Go and watch this on YouTube now!!!~
Orang Minyak 2013 - raya shortfilm