Hi followers. jujurlah, semua rindu saya! hihi
sesugguhnya saya tidak hilang ke mana mana. saya masih ada atau masih hidup. Alhamdullilah. cuma otak saya ni tak ada idea nak update apa. saya tak naklah macam dulu. tak ada idea pun update. kesian dekat korang, baca pun macam tak ada mood. lepastu mulalah gelakkan saya :'( sebenarnya ni pun tak ada idea tapi i really miss my blog! eh perasan tak, blog saya dah lain. yeah hari tu edit sikit blog ni. tak lawa mana pun but saya puas hati :) hari ni saya nak cerita pasal tajuk, "Be Yourself".
Tajuk omputeh tapi saya tulis dalam BM okay? kang grammar berterabur lagi korang gelakkan. hihi :D aite, memang semua orang cakap, jadi diri sendiri tu bagus kan? means, everything pun just be yourself. kan? tapi tahukah anda. bukan SEMUA BENDA kita boleh jadi diri sendiri. for example:
"dekat rumah kita dah biasa cungkil gigi lepas makan guna stick yang kecik tu. tapi takkan dekat restoran 5 bintang atau di hotel hotel kita nak buat macam itu? bukankah itu akan memalukan diri kita sendiri?
dekat rumah kita dah biasa sendawa kuat kuat. dan memang ahli keluarga yang lain pun tahu tabiat buruk kita tu. tapi takkanlah kita nak buat macam tu dekat PizzaHut? McDonalds? Kenny Rogers dan restoran restoran yang lain? bukankah itu akan memalukan diri kita sendiri?
dekat rumah juga kita biasanya buang angin. dan itu memang normal ya. siapa yang tak pernah buat. MasyaAllah -.-" tapi kita nak ke buang angin di shopping complex? di Pavillion? di BTS? di Jusco? apa pandangan masyarakat lain terhadap kita nanti? pernah fikir?"
okay, actually banyak lagi contoh. tapi saya beri contoh contoh yang biasa rakyat Malaysia buat. itu memang perkara normal. saya pernah ada pengalaman dengan rakyat Malaysia yang mcm ini. maaf ye? bukan di Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia rasanya. pada ketika itu, saya dan keluarga pergi makan malam di PizzaHut. meja di hadapan meja kami ada sebuah keluarga yang ahli keluarganya terdiri daripada saiz yang boleh tahan besar. sudahlah cara mereka makan menggelikan saya, lepastu seorang daripada ANAK PEREMPUAN pasangan itu, sendawa dengan begitu kuat! maknya hanya mampu lihat saja tanpa ada sebarang teguran. malulah, sudahlah anak perempuan. kalau masih kecil masih boleh dimaafkan, tapi ini saya lihat dalam lingkungan 16 tahun. mana letak air muka kita?
note to myself too. saya tidak kata pada sesiapa. ini sekadar ingatan. perkataan, "Jadi Diri Sendiri" itu perlu kita kupas lagi. ingat, bukan semua benda kita boleh jadi diri kita sendiri. menjadi diri sendiri adalah satu perkara yang sangat baik dan mulia pada pandangan saya kerana kita tidak meniru perwatakan orang lain.
sekian sahaja followers :) maaf, jika entry pada kali ini tidak memuaskan hati anda. saya tidak sempurna, begitu juga anda. namun jika kita berubah, benda itu tidak akan menjadi salah.
11.31PM