The word 'laziness' is about to strike my body right now. Astaghfirrullahalazim x5.
Ada seorang hamba Allah ini datang dah beritahu pada aku yang dia dah penat nak jaga hati orang. Terutamanya hati orang yang dia sayang. Aku lantas memeluk dia dan aku hanya mengeluarkan satu perkataan dari bibir aku iaitu, "Sabar". Allah juga ada mengatakan orang yang selalu bersabar akan mendapat ganjaran. Benar. Aku manusia yang paling banyak bersabar walaupun pada hakikatnya aku bukan seorang yang penyabar. Aku cepat panas. Banyak elemen api dalam diri aku. Namun, aku tetap bersabar dan bersabar. Apa saja dugaan, aku telan. Memang benar. Ganjaran itu perlahan-lahan datang. Alhamdullilah.
Aku bukan jenis manusia yang kuat agamanya ataupun warak. Namun aku tetap percaya dengan Tuhan aku, Allah. Aku memang tidak sempurna zahir dan batin tapi aku masih boleh menilai yang mana baik yang mana buruk. Kata-kata dorongan dan motivasi yang orang selalu beri aku terima dengan perlahan. Aku suka nasihatkan orang dari banyak segi walau aku tahu kekurangan diri. Dalam pada aku nasihat, aku cermin diri aku semula. Jika apa yang aku nasihatkan itu berbalik pada aku, aku ubah.
Apa yang pasti, hidup ini singkat. Terlalu singkat. Maka sebab itu aku tidak mahu bermasam muka dengan orang sekeliling aku. Kalau mereka tetap nak bermasam muka sedangkan aku telah senyum pada mereka, itu terpulang. Kalau orang buat baik dengan aku, aku akan sepuluh kali buat baik dengan mereka. Kalau hidup kau banyak musuh, kau takkan tenang. Sebab? Hari-hari kau asyik fikir kelakuan buruk mereka terhadap kau atau kelakuan buruk kau terhadap mereka. Bersihkanlah hati. Katarsis. Aku tak kata aku buat katarsis itu cuma aku suka istilah katarsis yang membawa maksud 'penyucian diri'.
Perlahan-lahanlah kalau nak ubah diri dan tak perlu beritahu orang. Aku suka cara kawan aku yang sekampus ini. Dulu, dia sering ke kelab malam. Bersosial sana sini. Pergi PP (private party). Kelakuan dia teruk sehingga membuatkan aku berfikir negatif begini, "Hm aku rasa dia takkan berubahlah. Takkan pakai tudung kot. Asyik ke club je". Allah itu Maha Besar kan? Apa yang aku fikirkan ternyata salah. Satu hari, dia tampil dengan penampilan yang baru. Berhijab. Cantik. Lebih cantik dari dulu. Dia kata dia dah tinggalkan hari-hari sosial dia yang sial sebanyak 100%. Aku tersenyum tatkala mendengar kenyataan itu.
Aku sering perhati mereka yang hipokrit. Tidak kemana pun mereka itu. Aku bukan nak mengata, cuma apa yang mereka lakukan akan aku jadikan sempadan untuk aku tidak ikut apa yang mereka lakukan. Sekian.